top of page

SEJARAH PENUBUHAN
MALAYSIA FOR SYRIA

Bermula dari gerakan advokasi ‘Save Syria’ yang dibawa oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada Januari 2012 telah membawa kepada pelaksanaan misi bantuan kemanusiaan pertama pada Jun 2012.  

Gerakan yang dipengerusi oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ini turut mendapat kerjasama daripada 7 buah NGO yang lain seperti : 

  • Global Peace Mission (GPM) Malaysia 

  • Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) 

  • Gabungan Selamatkan Syria 

  • Pertubuhan Sinar Damsyik (PERSIDAM) 

  • Syrian Youth Assembly in Malaysia (SYAM) 

  • Persatuan Pelajar Malaysia-Syria 

  • Malaysia Social Media Foundation (MSMF) 

​​

Kemudian disambut baik dengan penubuhan MFS pada 20 September 2012. Malaysia for Syria (MFS) yang dahulunya dikenali dengan nama Malaysia Life Line For Syria (MLLFS) adalah sebuah pertubuhan didaftarkan di bawah Syarikat Berhad menurut Jaminan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).  

Semenjak daripada itu MLLFS atau kini MFS bergiat aktif menjadi salah satu daripada NGO Malaysia yang utama menggerakkan usaha bantuan kemanusiaan terus ke dalam Syria khususnya di kawasan Aleppo, Idlib dan juga Hama pada awal penubuhannya. Kini bantuan disalurkan terus kepada pelarian Syria di kawasan Azaz, Al-Abab, Idlib, Tal-Abyad, Zayzafun & lain-lain. Usaha ini dikembangkan lagi dengan bantuan kemanusiaan kepada pelarian-pelarian Syria yang berada di Turki, Jordan, Lubnan termasuklah mereka yang mendapatkan perlindungan di Malaysia. 

MFS memberikan tumpuan kepada bantuan daripada sudut keperluan asas kehidupan seperti makanan, tempat tinggal, pendidikan, perubatan dan juga kelangsungan hidup.  

Selaras dengan misi & visi, MFS juga komited dalam memberi tumpuan yang konsisten bagi merealisasikan keperluan setiap kriteria “Sustainable Development and Goals (SDG) iaitu No Poverty, Zero Hunger, Good Health & Well-Being, Quality Education, Water & Sanitation, Sustainable Cities & Communities dan Partnerships for the Goals.” 

 

MFS terus komited untuk menjadi sebuah NGO yang terkehadapan dalam usaha membantu rakyat Syria yang masih dibelenggu dengan konflik peperangan yang belum berkesudahan. Pelbagai cabaran serta ancaman dalam tempoh lebih sedekad MFS memperjuangkan isu kemanusiaan & bantuan buat saudara Syria. Dalam tempoh ini, MFS bagaimanapun berjaya membangunkan fasiliti asas seperti Telaga As-Salam, Masjid As-Sabeel, Masjid Ash-Shafie, Kilang Roti Ar-Rizq, Perkampungan Malaysia Syrian Al-Hayah (SAH), Ladang Syrian Al-Hayah dan Sekolah Pendidikan Alternatif Pelarian Jasmine Ash-Sham. 

 

Tanpa bantuan dari rakan kerjasama, para penyumbang, sukarelawan, petugas kemanusiaan MFS serta anda yang menyokong dari mula hingga kini perjuangan kami, tiada kata yang mampu diluahkan selain ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Bersama kalian, kita mampu memberikan sinar harapan & perbezaan yang signifikan dalam kehidupan mereka yang memerlukan. Walau kita berbeza benua ia tidak memisahkan kita untuk membantu mereka yang jauh. 

RAHMAT & IHSAN MERENTASI SEMPADAN

Syria - a story of suffering and hope (Syahrir Azfar, Aid Distribution)

Malaysia For Syria
Syria - a story of suffering and hope (Syahrir Azfar, Aid Distribution)
Cari video...
Syria - a story of suffering and hope (Syahrir Azfar, Aid Distribution)
03:08
Mainkan Video

Syria - a story of suffering and hope (Syahrir Azfar, Aid Distribution)

𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐌𝐏𝐀 𝐁𝐔𝐌𝐈 𝐓𝐔𝐑𝐊𝐈𝐘𝐄-𝐒𝐘𝐑𝐈𝐀 & 𝐌𝐈𝐒𝐈 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐇𝐀𝐁𝐄𝐄𝐁 𝟏𝟏.𝟎
01:56
Mainkan Video

𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐌𝐏𝐀 𝐁𝐔𝐌𝐈 𝐓𝐔𝐑𝐊𝐈𝐘𝐄-𝐒𝐘𝐑𝐈𝐀 & 𝐌𝐈𝐒𝐈 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐇𝐀𝐁𝐄𝐄𝐁 𝟏𝟏.𝟎

Syria - a story of suffering and hope (Syahrir Azfar, Education Aid Distribution)
02:33
Mainkan Video

Syria - a story of suffering and hope (Syahrir Azfar, Education Aid Distribution)

bottom of page