top of page

Satu Dekad Malaysia For Syria

Sedar tidak sedar, konflik kemanusiaan di Syria telah pun sedekad lamanya. Secara dasarnya, keadaan di sana kedengaran aman dan konflik seperti sudah reda. Namun, siapa sangka saban hari, ada saja serangan yang secara senyap telah mengancam keselamatan dan keamanan penduduk di sana. Tidak kira lelaki, wanita dan kanak-kanak, nyawa mereka boleh tergugat pada bila-bila masa. Isu Syria ini bukan cuma isu melibatkan ketenteraman, malah keperluan asas, kesihatan, kualiti pendidikan dan ekonomi juga terjejas. 

Demikian itu, Malaysia for Syria (MFS) yang telah mengalas tanggungjawab sejak tahun 2012 dalam memperjuangkan dan menggerakkan kempen serta projek bagi membantu pelarian-pelarian Syria memperoleh kehidupan yang terbela dan lebih baik. 

Sempena satu dekad ini, MFS dalam siri bantuan ke Syria akan mengadakan beberapa program dalam sambutan 10 tahun penubuhannya. Antara lain juga bagi memperdengar isu Syria ini agar tidak tenggelam dan turut diberi tumpuan. 

Antara program bagi sambutan satu dekad MFS, 
1) Kontena for Syria
2) KL Conference on Syria: Reemergence of a Nation
3) Round Table Discussion
4) Charity Dinner

5) Women’s Winter Mission

6) 12 episod Documentari 1 Dekad Malaysia For Syria

Untuk maklumat lanjut mengenai program sambutan satu dekad MFS, isi butiran dibawah.

bottom of page