top of page

NGO Malaysia seperti Malaysian Life Line for Syria dan Yang Lain Menaja Perubatan 3 Orang Bayi Tenat

Siapalah kami tanpa sumbangan anda, kami hanyalah orang tengah yang menyampaikan amanah kalian. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, buat julung kalinya tim MLLFS dan @gpmmalaysia menziarahi pusat Rehab Darl Al Salama di Kilis. Tempat ini menempatkan lebih 40 orang pesakit yang terdiri daripada bayi, kanak-kanak, wanita dan sebagainya. Apa yang menariknya, pusat ini ditaja 100% oleh NGO Malaysia seperti Malaysian Life Line for Syria , MVM, HUDA Malaysia, Cinta Syria Malaysia dan WeCare Brunei. Selain dari menziarahi mereka, kita telah menyumbangkan lebih RM3, 500 atau 5, 000 Turkish Lira bagi kos rawaran tiga orang bayi yang sedang tenat dek sakit jantung dan asma yang bernama Muhammad Musa, Hafiz dan Muhammad. Insya-Allah mereka akan memulakan rawatan di Ankara secepat mungkin. Terima kasih rakyat Malaysia kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada kami dan cakna mengenai isu Syria.


Dermawan yang ingin menghulurkan sumbangan/ bantuan, boleh dilakukan secara: 1. Dalam Talian (Online):

Klik Di Sini => http://www.billplz.com/syriakesejukan Klik Di Sini => http://www.billplz.com/syriakesejukan Klik Di Sini => http://www.billplz.com/syriakesejukan Atau, 2. Depositkan sumbangan anda secara dalam talian (online) ke akaun: MALAYSIAN LIFE LINE FOR SYRIA BERHAD MAYBANK : 564810513971 BANK ISLAM : 14210010009882 BANK RAKYAT : 1111-5100-1155 AFFIN BANK : 1050-4003-0883 Ref.: UntukSyria Salam sayang dari tim #SYRIA, Tim MLLFS

 
 
 

Bình luận


©2018 by Media Malaysia For Syria.

bottom of page