top of page
  • Writer's pictureRohaidiana Rosly

Lakukan Kebaikan Sekecil Apa Pun : [Edisi Sedekah Subuh Syria]


Tahukah anda bahawa ada cara terbaik untuk menjemput rezeki? Waktu mustajab untuk melakukannya adalah pada waktu Subuh iaitu dengan menjadikan amalan bersedekah seusai solat Subuh sebagai rutin harian.


Sedekah adalah perkara yang sangat baik kerana ia bukan sahaja mampu meringankan beban dan keperitan saudara-saudara yang memerlukan malah dapat melepaskan rasa lelah yang ditanggung oleh orang yang menginfakkan harta kesayangannya untuk kesenangan orang lain. Dalam tidak sedar, kita sudah mendapat doa dari mereka yang telah menerima manfaat dan kebaikan sedekah tersebut.


Oleh sebab itu, kita digalakkan untuk memulakan rutin bersedekah walau cuma RM1 pada setiap Subuh dan disertakan sekali dengan doa yang spesifik dan jelas mengenai hajat dan permintaan yang ingin dimakbulkan oleh Allah SWT. Kita dibolehkan untuk berdoa apa sahaja, contohnya seperti ini:


"Ya Allah, asbab sedekahku pada waktu Subuh ini, mudahkanlah urusan harianku.."

"Ya Allah, dengan sedekah yang telah aku infakkan ini, Kau jagakanlah insan-insan yang amat aku sayangi.."

"Ya Allah, berkat dari sedekahku ini, tenangkanlah hati dan jiwaku, berikanlah aku rezeki pekerjaan dan gaji yang baik.."


Sebenarnya, tidak ada waktu khas untuk bersedekah tetapi bagi mereka yang melaksanakannya pada waktu Subuh, dia seolah-olah telah menjadikan waktu tersebut sebagai waktu Subuh terbaik kerana sekaligus telah mendapat doa dari para malaikat.


Apabila sudah terbiasa dengan satu kebaikan, hati pasti meronta-ronta untuk mencari dan melakukan kebaikan yang lain pula.


Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 92, yang bermaksud: “Kami tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu, sungguh Allah Maha Mengetahui.”


Antara tips yang boleh dilakukan untuk kekal konsisten dengan sedekah yang dilakukan pada waktu Subuh adalah dengan menyediakan sebuah tabung atau dompet khas. Setiap satu hari, satu sedekah, satu ringgit, beserta satu (atau lebih) doa yang dihajati.


Lakukan ini selama 30 hari pertama kemudian anda pasti terkesima dengan hasilnya.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen-kempen yang sedang dijalankan oleh Malaysia for Syria, layari www.infaksyria.com sekarang untuk melaksanakan 2.5% zakat daripada harta pendapatan anda sekarang.


Moga setiap titisan keikhlasan anda, Allah terima dan memberkatinya serta membalasnya dengan segala kebaikan yang layak anda terima. InshaaAllah.

Salam Subuh terbaik!

Rohaidiana binti Rosly,

Eksekutif Konten Digital MFS (Malaysia for Syria).



Klik 'Sedekah Subuh' segera untuk berkongsi kebahagiaan waktu mustajab bersama muhajirin Syria:


67 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page