top of page
  • Writer's pictureRohaidiana Rosly

Agihan Bantuan Untuk Syria Dibatalkan, 7 Maut

Updated: 22 Feb 2022


Bandar 'Azaz, Syria laluan ke kem pelarian Al-Tawoon.

'Azaz, Syria: 17 Januari 2021, tim Malaysia for Syria di Malaysia dikejutkan dengan berita dari Syria tentang kejadian letupan bom di sebuah bandar kecil di ‘Azaz, Syria. Apabila ditanya lagi, Ketua Misi Musim Sejuk Syria 9.0, Salman Yusop berkata “Kami baru sahaja selesai mengagihkan arang bahan bakar kepada 100 buah keluarga di Kem Al-Tawoon di Azaz, Syria. Pada jam 1.30 tengahari Syria, kami dimaklumkan bahawa ‘checkpoint’ yang kami lalui untuk menuju ke Kem Al-Tawoon telah berlakunya serangan letupan bom.”


Segera pemandu van yang mereka naiki dipandu laju cuba untuk meninggalkan kawasan tersebut. Mendengarkan berita buruk itu, pasukan Malaysia for Syria membuat keputusan untuk membatalkan agihan di 3 buah kem pelarian Syria yang seterusnya dan terpaksa bergegas mencari laluan lain untuk segera pulang ke tempat penginapan sebagai langkah keselamatan dan berjaga-jaga.


Namun begitu, laluan lain juga telah dikepung oleh tentera, kereta kebal dan ambulans yang berpusu-pusu keluar masuk dari laluan tersebut menyebabkan mereka terpaksa mencari laluan seterusnya begitu juga ‘checkpoint’ yang lain. Suasana gentar membawa mereka ke sebuah bandar kecil yang kelihatan begitu ramai orang awam berlari kesana kemari. Kesibukan bandar tersebut juga terlihatkan kepulan asap hitam tebal yang semakin jelas dari sebuah lori yang dipenuhi roti hangus.


Van yang kami naiki semakin hampir dengan sebuah ambulans di kawasan tersebut. Betapa terkejut melihat keadaan jalan tar yang dilimpahi darah pekat yang terlalu banyak. “Saya nampak seorang lelaki memikul satu kaki putus menuju ke sebuah ambulans. Sejurus van kami semakin meninggalkan kawasan tersebut, baru saya maklumkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama dalam kenderaan ketika itu tentang situasi dan keadaan yang sempat saya lihat” katanya lagi.

Itulah cabaran kehidupan rakyat Syria di tanah air mereka sendiri biarpun terpaksa berdepan dengan kehilangan ahli keluarga, tempat tinggal, harta dan kesusahan yang melampau. Ketika ditanya bagaimana mereka mampu meneruskan rutin harian seperti biasa, mereka menjawab “Allah mendatangkan ujian ini adalah untuk mengangkat darjat kami, dan dengan terus bersedih serta hilang semangat tidak akan membantu kami bangkit. Hidup perlu tetap diteruskan juga biarpun seberapa banyak derita yang perlu kami lalui.”

Sifat sabar dan tabah mereka harus dipuji kerana ianya tidak mudah untuk hidup di jalanan biarpun di negara sendiri, biarpun diselubungi ketakutan. Majoriti daripada mereka mengalami kecederaan mental dan fizikal setiap hari.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen-kempen yang sedang dijalankan oleh Malaysia for Syria, layari www.infaksyria.com sekarang untuk melaksanakan 2.5% zakat daripada harta pendapatan anda sekarang. Moga setiap titisan keikhlasan anda, Allah terima dan memberkatinya serta membalasnya dengan segala kebaikan yang layak anda terima. InshaaAllah.

Salam dari bumi barakah,

Syria,

Rohaidiana binti Rosly,

Eksekutif Konten Digital MFS (Malaysia for Syria).

96 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page